Home » » Foto Wanita Hamil Mati Direjam Ahli Keluarga Kerana Nikah Tanpa Restu !!

Foto Wanita Hamil Mati Direjam Ahli Keluarga Kerana Nikah Tanpa Restu !!

Written By Unknown on 28/05/2014 | 1:55 pm


LAHORE, Pakistan – Seorang wanita hamil direjam dengan batu hingga mati oleh ahli keluarganya di luar mahkamah di Lahore kerana berkahwin dengan lelaki yang dicintainya.

Wanita berkenaan dibunuh ketika dalam perjalanan ke mahkamah bagi menjawab kes dakwaan culik yang difailkan keluarganya terhadap suami beliau.

Pegawai penyiasat, Rana Mujahid, berkata bapa wanita itu segera ditangkap dan polis sedang memburu mereka yang terbabit dalam “jenayah kejam” itu.

Perbuatan itu dilakukan secara terbuka pada waktu siang sambil disaksikan orang ramai.

Seorang pegawai polis, Naseem Butt, menyatakan wanita itu ialah Farzana Parveen, 25, dan mengahwini Mohammad Iqbal, 45, tanpa restu keluarga.

Peguam wanita itu, Mustafa Kharal, berkata bapa mangsa, Mohammad Azeem, memfailkan kes culik terhadap Iqbal.

Katanya, wanita itu hamil tiga bulan. – AP
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger