Home » » Foto Sadis : 14 Hari Diperkosa Tanpa Henti!

Foto Sadis : 14 Hari Diperkosa Tanpa Henti!

Written By Unknown on 01/05/2014 | 9:53 am



Disebalik kedutan kulit yang sudah dimamah usia, bibir wanita berusia 97 tahun itu masih mampu mengukir senyuman.




Mengimbas gambarnya semasa muda, wanita bernama Margot Wolk membuka semula memori pahit yang menjadi bebannya selama puluhan tahun.

Dia lahir pada tahun 1917 di Wilmersdorf, sebuah penempatan di tengah kota Berlin. Pada usia remaja, dia berkahwin dengan seorang askar dan bekerja sebagai setiausaha di kota tersebut.

Kemudian, Perang Dunia Kedua pun meletus. Ia turut memberi tempias dalam hidup Margot. Sewaktu musim gugur tahun 1941, rumah keluarganya telah ranap dibom dalam peperangan. Ia meragut nyawa kedua-dua orang tuanya.




Suaminya, Karl, terlibat dalam peperangan dan tidak pernah muncul kembali. Pada anggapan Margot, suaminya telah terkorban di medan peperangan.

Kemelut peperangan menjadikan Margot tinggal sebatang kara di kota Berlin. Lantas, dia pergi ke rumah ibu mentuanya di perkampungan Gross-Partsch di Poland. Sangkanya, dia boleh hidup aman di situ.

Lebih kurang tiga kilometer dari rumah mentuanya, terletak ibu pejabat militan tentera Nazi. Di situlah juga pusat pentadbiran Adolf Hitler.

Belum pun lama tinggal di perkampungan itu, Margot bersama 14 gadis muda yang lain telah dipilih untuk dibawa ke berek di pusat pentadbiran Hitler.




Tugas gadis-gadis ini mudah, hanya perlu menjamah makanan yang telah dimasak sebelum dihidangkan kepada Hitler. Kerana terlalu paranoid akan diracun oleh musuh, diktator Jerman itu mengarahkan 14 gadis tersebut terlebih dahulu merasai makanan yang akan dihidangkan kepadanya.

Zaman perang ketika itu menyukarkan penduduk mendapat makanan. Pada dasarnya, Margot dilihat bertuah kerana dapat menjamah makanan mewah yang enak dan lazat. Hakikatnya, Margot langsung tidak mampu menikmati makanan tersebut kerana asyik terfikir, mungkin ia akan menjadi santapan terakhir mereka hari itu.

Lebih dua tahun menjadi tukang rasa makanan, namun belum pernah sekalipun Margot dapat melihat Hitler.

Tahun 1944, tentera Soviet sedang mara untuk menyerang markas Hitler. Salah seorang leftenan disitu telah membawa Margot dan menyuruhnya menaiki kereta api menuju ke Berlin.

Tidak lama selepas serangan itu, Margot mendapat berita kesemua 14 gadis lain yang bertugas bersamanya di markas itu telah terkorban dalam pertempuran tersebut.




Walaupun Margot terselamat, ia belum berakhir. Tentera Soviet menemuinya di Berlin. Dia dikurung. Dan ketika itulah bermula episod hitam dalam hidupnya. Selama dua minggu, setiap hari dia dirogol secara kejam berulang kali sehingga mendatangkan kecederaan.

"Kesan tragedi itu, saya tidak mampu hamil," cerita Margot.

Dia akhirnya dilepaskan, namun membawa beban menyimpan peristiwa hitam itu. Tahun 1946, Margot bertemu semula dengan suaminya yang disangkakan telah terkorban. Rupa-rupanya sebelum itu, Karl telah ditangkap tentera lawan dan dipenjarakan.

Walaupun hidup bahagia bersama suami hinggalah Karl menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1980, Margot tidak pernah menceritakan tragedi yang dilaluinya kepada suami, rakan-rakannya atau sesiapapun.

Dia terus menyimpannya sendiri sehinggalah pada hari jadinya yang ke 95 pada penghujung tahun 2012, akhirnya Margot membuka kisah sejarah silam yang selama ini menghimpit dadanya.

Dihadapan seorang wartawan akhbar di Berlin, Margot mendedahkan rahsia terpendam yang selama ini menghantui tidurnya setiap malam.




"Saya cuba menghilangkan ingatan hitam itu selama berpuluh tahun. Tapi, saya tidak mampu. Ia menggangu tidur saya setiap malam. Hanya dengan menceritakan rahsia ini mungkin mampu meringankan beban yang menghimpit perasaan selama ini," katanya.

Margot sehingga kini terus hidup sendirian selepas kematian suaminya.

-Sentiasapanas.com
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger