Home » » Foto Lelaki Ini Meliwat 50 Kanak-Kanak

Foto Lelaki Ini Meliwat 50 Kanak-Kanak

Written By Azmy Klanajaya on 09/05/2014 | 12:58 am

Pihak berkuasa bandar ini, polis serta Jawatankuasa Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) mula melakukan siasatan kemungkinan suspek pedofilia Andri Sobaro atau Emon meliwat lebih 50 kanak-kanak. Polis Sukabumi di Jawa Barat menahan Andri Jumaat lalu selepas menerima aduan daripada ibu bapa seorang kanak-kanak.

“Setakat ini, 51 orang tampil mendakwa menjadi mangsanya,” kata Ketua Polis Sukabumi Hari Santoso.

Andri, 24, didakwa menawarkan mangsa sebanyak Rp50,000 (RM14) sebelum membawa mereka ke tempat sunyi untuk diperkosa.

“Dia mengumpan mangsa dengan wang atau pakaian,” kata Hari.

Lelaki itu, katanya, dipercayai memperkosa 55 kanak-kanak dan kebanyakannya tinggal di kawasan kediamannya.

“Dia mula melakukan jenayah itu sejak Januari lalu dan menyasarkan budak lelaki berusia antara lapan hingga 13 tahun.
“Kami akan terus menyiasat latar belakangnya.

Siasatan awal menunjukkan dia menyedari sepenuhnya tindakannya ketika melakukan jenayah itu.

Dia tidak mengalami masalah mental,” kata Hari.

Hari percaya lebih ramai mangsa akan tampil. Suspek berkenaan akan didakwa mencabuli Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun. Sehingga semalam, 21 kanak-kanak sudah disoal dan diperiksa oleh polis dan doktor. Sementara itu, Setiausaha KPAI Erlinda berkata, Andri mengaku meliwat seorang kanak-kanak sebanyak tujuh kali.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger