
2) DAP harus menangani persepsi negatif kerana ramai di kalangan orang Melayu yang menuduh DAP anti Melayu dan menggunakan Melayu untuk menggaburi mata rakyat yang kononnya mereka ini adalah parti berbilang kaum.
3) Telah menjadi kenyataan bahawa ramai pemimpin Melayu dalam DAP pun telah meninggalkan parti tersebut apabila mereka sedar yang mereka ini telah dipergunakan dan diperkudakan oleh DAP untuk menarik minat orang Melayu terhadap parti tersebut.
4) Malahan beberapa pemimpin DAP yang berbangsa cina pun telah meninggalkan DAP apabila mereka sedar yang parti tersebut yang dikuasai oleh Dinasti Lim telah menggunakan cara dan pendekatan politik yang amat berbahaya dalam konteks perpaduan kaum di negara ini.
5) Tetapi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng telah menggunakan strategi Anwar Ibrahim dengan menuduh mereka yang meninggalkan parti parti mereka sebagai pembelot atau kononnya telah dibeli oleh UMNO dan Barisan Nasional.
6) Mereka ini akan terus menerus merekrut kader kader baru yang terdiri daripada golongan muda dan cara perdampingan mereka begitu berkesan sekali sehingga ramai golongan muda telah tertarik dengan idealogi liberalisme dan pluralisme mereka.
7) Dalam masa yang sama, tentera siber mereka telah bergerak dengan begitu berkesan sekali lalu melemparkan tuduhan tuduhan liar serta tohmahan tohmahan terhadap pemimpin pemimpin UMNO dan BN sehingga berjaya menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin pemimpin ini.
8) Tentera siber mereka yang bergelar 'Red Bean Army' ini telah berjaya mengatur strategi dan gerakkan mereka dengan memutar belit dan memanipulasi sesuatu isu sehingga ramai orang cina dan golongan muda telah menolak UMNO dan BN dalam PRU13 yang lalu.
9) Tembelang DAP yang semakin ternampak itu telah mula menggoyakan pemimpin parti tersebut justeru strategi baru harus didendangkan untuk menambat sokongan khususnya daripada orang orang Melayu setelah mereka berjaya membolot sokongan sebilangan besar kaum cina yang rata rata telah menolak MCA dalam PRU 13.
10) Kita dapat lihat dalam PRK Teluk Intan di mana seorang wanita muda melayu telah menjadi calon pilihan DAP sekaligus mengenepikan calon DAP yang lebih senior dan lebih layak sebagai calon mewakili parti tersebut sehingga ramai penggundi cina di Teluk Intan agak binggung dengan pilihan calon DAP kali ini.
11) Parlimen Teluk Intan mempunyai penggundi yang majoritinya adalah kaum cina 42%, melayu 38% dan india 19%. Dalam PRU 13, Teluk Intan yang mempunyai 60,483 penggundi berdaftar telah menyaksikan kemenangan berpihak kepada DAP dengan majoriti 7,313 mengalahkan calon BN.
12) Ramai beranggapan bahawa Dyana Sofya bukan pilihan terbaik kerana beliau calon luar dan akan mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan penggundi penggundi cina di Teluk Intan. Ada juga yang mempersoalkan kemampuan beliau meluangkan masa dan tenaga sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab jika dibandingkan dengan Datuk Mah Siew Keong calon BN orang tempatan yang telah banyak berjasa dan berpengalaman.
13) Apakah DAP begitu yakin dengan kemenangan di PRK Teluk Intan sehingga sanggup memperjudikan kerusi Teluk Intan semata mata untuk menunjukkan bahawa mereka adalah parti berbilang kaum dan memberi peluang kepada calon muda dalam proses transformasi politik palsu mereka?
14) Ramai penganalisis politik percaya DAP dan PKR telah sedar bahawa proses transformasi politik UMNO dan BN boleh mengugat populariti mereka yang bersandarkan kepada politik tohmahan, benci dan provokasi. Justeru bagi menampakkan yang DAP adalah parti berbilang kaum yang tulen maka tuah telah berpihak kepada Dyana Sofya.
15) Ada juga yang beranggapan bahawa Lim Kit Siang tertarik dan cemburu dengan populariti Nurul Izzah, Puteri PKR dan ingin membentuk Nurul Izzahnya sendiri dalam DAP. Tetapi persoalannya adalah - Apakah Dyana Sofya boleh menyaingi Nurul Izzah? Masing masing mempunyai latar belakang pencapain akademik yang boleh dibanggakan dan daripada paras rupa masing masing mempunyai daya tarikannya sendiri kerana mereka sama sama jelita dan menawan.
16) Walaubagaimanapun ramai yang kurang yakin dengan kebolehan Dyana kerana semakin beliau membuka mulutnya semakin menampakkan kelemahan beliau membahas isu isu sensitif sepert hukum hudud serta hak bumiputra dan UITM, tempat di mana beliau sendiri telah menuntut sebelum ini.
17) Jelas kelihatan bahawa Dyana masih jauh dan kurang matang dalam percaturan politik serta terang lagi bersuluh bahawa beliau sedang dididik untuk melaung2kan pemikiran dan idealogi DAP yang keterlaluan untuk terus menanamkan kebencian kaum cina kepada orang Melayu dan orang Islam.
18) Nurul yang dilahirkan dalam keluarga dan suasana politik adalah jauh lebih matang dan dapat berhujah isu isu sensitif dengan lebih berhemah, walhal Dyana masih mentah dan inilah yang akan menjadi faktor penolakkan penggundi pengundi kepada beliau di Teluk Intan nanti.
19) Mungkin Dyana akan dapat menjadi persaing yang terdekat kepada Nurul satu hati nanti tetapi pengundi pengundi Teluk Intan kali ini akan tetap menggunakan kebijaksanaan mereka memilih calon yang difikirkan layak dan sesuai serta mampu untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.
20) Politik kepura2an serta transformasi politik palsu tidak akan dapat bertahan kerana yang buruk itu mungkin akan kelihatan baik pada awalnya tetapi akhirnya akan buruk jua, dan yang baik itu mungkin akan kelihatan buruk pada awalnya tetapi tetap akan kelihatan baik lagi menarik pada akhirnya - wallahualam.
artikel sumbangan
tengku rethwan tengku mansor
22 Mei 2014

Post a Comment