Home » » Benarkah Dakwaan Ini : Pegawai Imigresen Terima Habuan ‘Perempuan’ Di Nilai 3

Benarkah Dakwaan Ini : Pegawai Imigresen Terima Habuan ‘Perempuan’ Di Nilai 3

Written By Unknown on 09/05/2014 | 12:03 am

ridzuan ikhlas

SEREMBAN: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa ada pegawai imigresen bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bekerja di pusat borong Nilai 3 dan menerima habuan ‘perempuan’ sebagai hadiah.

Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa beliau menerima banyak aduan berhubung pegawai imigresen bersekongkol dengan Pati di Nilai 3.
“Kita terima banyak aduan yang mendakwa ada pegawai imigresen ‘runding’ dengan Pati. Kalau hari ini tangkap, esok mereka akan dilepaskan. Yang dilepaskan itu akan menyediakan seorang perempuan untuk diberikan kepada pegawai berkenaan.

“Pihak kami mempunyai bukti termasuk laporan polis yang telah dibuat oleh pengadu bagi menunjukkan perkara ini memang berlaku dan bukan tuduhan kosong,” kata Mohd Ridzuan.

Mohd Ridzuan berkata Ikhlas mahu semua jabatan kerajaan bersikap lebih tegas dalam menangani isu pendatang asing, terutama terhadap mereka yang berniaga di negara ini.

“Jika isu pendatang asing ini tidak diatasi, bagaimana kita mahu membantu peniaga bumiputera terutamanya di Nilai 3, yang rata-rata peniaga dan pekerja terdiri dari warga Pakistan, Indonesia dan Bangladesh.

“Sebab itu saya gesa pihak berkenaan memandang serius masalah ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang menyalahi undang-undang negara ini,” katanya. - FMT
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger