
Mat Said punya pasal maka semua jadi kelam kabut di Terengganu !!
Kita ingat dia boleh pegang pada janji..rupanya alasan terbaik yang dia beri adalah kerana nak selesaikan majlis pernikahan anaknya dulu..baru dia akan undur..klik d SINI..
Bukan setakat itu..bersama Mat Said..birasnya juga, bekas guru yang terlalu muda dalam politik Malaysia juga ikut sama letak keluar UMNO dan jadi Adun Bebas..klik d SINI..
Aakj ada dengar 4-5 orang lagi Adun UMNO bakal undur dan ikut jejak Mat Said..takpelah..cuma kita nak bicara isu sekarang..yang khabar angin tu biarkan dulu..
Sekarang kedudukan dalam DUN Terengganu UMNO 15, Pakatan 15 dan Bebas 2..Secara ringkasnya 15-15-2..aakj sendiri agak bingung..kedudukan nampak seri antara BN dan Pakatan..Bebas dah jadi TieBreaker..kalu Bebas swing maka Pakatan akan ambil alih Terengganu esok..namun kalau kekal begitu?
Ini jawapan pakar ;
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ditakdirkan BN dan PR mempunyai kerusi sama banyak nanti, kuasa untuk menentukan tampuk pentadbiran negeri terletak kepada sultan.
Berdasarkan Perlembagaan negeri, bagindalah yang akan menentukan wakil BN atau PR akan dilantik sebagai menteri besar.
Sultan boleh melantik (Menteri Besar) yang difikirkan sesuai, berdasarkan pandangan baginda dan sokongan majoriti rakyat.
Kedua-dua parti (BN dan PR) boleh mencalonkan wakil masing-masing untuk jawatan menteri besar, tetapi keputusan bergantung kepada budi bicara sultan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, Sultan akan mendapatkan nasihat dan pandangan Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin politik di Terengganu.
Post a Comment