Home » » Anggap Orang Cina ‘Penceroboh, Presiden ISMA Disiasat Di Bawah Akta Hasutan

Anggap Orang Cina ‘Penceroboh, Presiden ISMA Disiasat Di Bawah Akta Hasutan

Written By Unknown on 07/05/2014 | 4:33 pm

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman disiasat mengikut Akta Hasutan susulan kenyataan dikeluarkannya berhubung kaum Cina yang dibawa ke Tanah Melayu adalah “penceroboh”.

Khalid dalam satu kenyataannya berkata, Abdullah sedang disiasat berikutan kenyataannya itu.

Khalid juga memberi amaran akan bertindak kepada mana-mana pihak yang cuba membuat kenyataan yang mengapikan permusuhan.

“Nasihat saya kepada semua adalah berhati-hati dalam membuat kenyataan yang boleh membawa kepada ketegangan kaum dalam negara ini,” katanya.

Abdullah dikritik hebat hari ini apabila ahli politik Cina daripada kedua-dua kumpulan politik meluahkan kemarahan atas kenyataan kumpulan itu terhadap masyarakat Cina di negara ini.

Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong mendesak polis menyiasat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu kerana mengatakan kaum Cina yang dibawa ke Tanah Melayu adalah “penceroboh ” kerana kenyataan seperti itu berbahaya kepada masyarakat .

Abdullah Zaik berkata, orang Cina yang datang ke Tanah Melayu adalah “penceroboh” dan mempersoalkan kerakyatan dan kekayaan yang diberikan kepada mereka tetapi tidak menyatakan bagaimana ia bercadang untuk membetulkan yang dikatakan salah ini.

“Siapa yang memberikan mereka kewarganegaraan dan kekayaan sehingga keputusan menceroboh mereka dilindungi sehingga hari ini?

“Ini semua perlakuan British, yang berada dalam kumpulan yang sama dengan China untuk menindas dan membuli orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, seperti yang dilaporkan di laman web kumpulan itu.

Abdullah berkata, ini adalah satu kesilapan yang terpaksa diperbetulkan tetapi beliau tidak mengatakan bagaimana.

“Tiada siapa yang mempunyai hak untuk menggadaikan kedaulatan Islam dan Melayu di atas tanah ini,” katanya, semalam

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger