Home » , » Air Asia Tidak Akan Berpindah Ke KLIA 2 Pada 9 Mei Ini?

Air Asia Tidak Akan Berpindah Ke KLIA 2 Pada 9 Mei Ini?

Written By Unknown on 06/05/2014 | 7:00 am

Berdasarkan twitter pemiliknya, Tony Fernandes hari ini, dan maklumat terbaru yang kami terima, Air Asia hampir pasti tidak akan berpindah ke KLIA 2 pada 9 Mei ini seperti yang dijanjikan mereka minggu lalu.

Hari ini Tony Fernandes membuat beberapa komen di twitternya yang memberi gambaran beliau tidak begitu gembira dengan perpindahan pada 9 Mei 2014 dan mahu masa yang lebih panjang. Beliau seolah-olah memberi isyarat bahawa MAHB tidak memberi masa yang cukup kepadanya.

“Kami MAHB perlu memastikan LCCT terus berfungsi sepenuhnya sehingga 9 Mei. MAHB memberi kami sehingga 9 Mei, kami mahu lewatkan lagi.”

Dalam salah satu entri lain, Tony seolah-olah mengejek MAHB bahawa mereka bernasib baik mempunyai Air Asia, jika tidak mungkin tiada penumpang di KLIA 2


Hakikatnya, Air Asia telah dimaklumkan sejak setahun lalu untuk menguruskan proses perpindahan ini. Ketika syarikat penerbangan lain telah pun berpindah dan beroperasi sejak 2 Mei yang lalu, Air Asia telah diberi tempoh sehingga 9 mei ini.

Namun selain Twitter Tony, niat Air Asia jelas dengan beberapa gambar pejabat Air Asia di KLIA 2 yang tidak menunjukkan mereka boleh beroperasi dalam masa 4 hari lagi.

Air Asia tidak menjalankan sebarang proses renovasi mahu pun membawa masuk peralatan seperti sepatutnya. Gambar-gambar yang dihantar kepada kami jelas menunjukkan sikap mereka.









Pada minggu lalu kami mengingatkan Kerajaan dan Malaysia Airport Berhad (MAHB) agar berhati-hati dengan kenyataan Air Asia yang mengumumkan akan mengikut arahan kerajaan berpindah ke KLIA 2 selewat-lewatnya pada 9 Mei 2014 ini.

Dalam laporan kami, “Air Asia Setuju Sertai KLIA 2, Tapi Tony Masih Membisu


“Keputusan ini mencerminkan keutamaan pihak kerajaan dalam isu keselamatan, dan memastikan bahawa KLIA2 adalah selamat untuk kegunaan orang ramai.- Air Asia”

Agak mengejutkan ialah keputusan dan kenyataan akhbar tersebut yang dilaporkan oleh suara.tv, dikatakan dibuat secara bersama oleh Pengerusi AirAsia X Berhad Tan Sri Rafidah Aziz (kiri) dan Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun bukannya Tony Fernandes.

Kemunculan dua orang yang dilihat rapat dengan kerajaan membuat kenyataan bukannya Tony Fernandes menimbulkan pelbagai tanda-tanya. Adakah ini akan memberi ruang kepada Air Asia mengelak disaat akhir? Ini kerana umum mengetahui bahawa walau siapa pun memegang jawatan, individu yang boleh membuat keputusan atau “call the shot” ialah Tony Fernandes sahaja.

Justeru amat menarik untuk melihat apakah Tony dan Air Asia akan membuat pusingan U disaat akhir atau telah ada rundingan sulit antara MAHB dengan Air Asia?

Berdasarkan maklumat hari ini, kemungkinan untuk Air Asia tidak berpindah sangat tinggi. Cuma kita tidak pasti apakah niat tidak mengadakan sebarang renovasi untuk membuka pejabat Air Asia di KLIA 2.

Ia sama ada untuk mencari alasan melewatkan perpindahan atau ingin melihat keadaan kucar-kacir di KLIA 2 pada 9 Mei ini.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger