Home » » 11 Wakil Rakyat BN Keluar Parti

11 Wakil Rakyat BN Keluar Parti

Written By Unknown on 15/05/2014 | 8:27 pm

Susulan pengumuman Tan Sri William Mawan dan Datuk Sri Wong Soon Koh untuk keluar parti masing-masing, sekurang-kurangnya 11 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Sarawak mengikuti langkah yang sama.

6 wakil rakyat Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)dan 4 wakil rakyat dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah mengisytiharkan keluar parti.

Selain itu, George Lagong Timbalan Presiden Sarawak Workers Party (SWP, yang juga ADUN Pelagus turut mengisytiharkan akan menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Semasa sidang media di Dewan Undangan Negeri petang tadi, pemimpin-pemimpin tersebut menyatakan ikrar untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Difahamkan sekiranya parti TERAS diterima dalam 'keluarga besar BN', dan dengan penyertaan para pemimpin berkenaan maka parti TERAS akan muncuk sebagai parti kedua terbesar di Sarawak selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Walau bagaimanapun parti itu belum lagi membuat permohonan rasmi untuk menyertai BN.

Sementara itu, Datuk Sri Wong Soon Koh yang meletak jawatan dalam SUPP pada khamis lalu, memberitahu media beliau sebenarnya 'dipaksa' keluar dari SUPP

Mawan dan Wong Soon adalah menteri kanan dalam kabinet negeri Sarawak.

Sarawakiana.net

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger