hari ini menawarkan RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas
Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya.
Katanya, Teck Lee tidak perlu bersusah payah dan membelanjakan duit untuk
mencari orang lain menamparnya tetapi harus bertindak sendiri.
“Ada orang yang bermurah hati menderma RM500 untuk mencari orang menampar saya, sesiapa sahaja yang berjaya menampar saya akan terima duit ini.
“Saya pun membuat tawaran RM501 kepada orang baik ini jika dia sendiri
yang menampar saya. Kalau dia berani berbuat demikian, kenapa pula
suruh orang lain menampar saya,” katanya ketika berucap dalam
perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.
Walaupun Ahmad Zahid tidak menyebut nama Teck Lee secara terang,namun
beberapa hari lalu bekas Ketua Menteri Sabah itu telah menawarkan
RM500 kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Menteri
Dalam Negeri.
Tawaran itu dibuat Teck Lee selepas insiden penculikan di Semporna pada malam 2 April lalu yang menyebabkan Gao Hua Yuan, 29, dari China dan seorang
pekerja resort dari Filipina diculik. – UTUSAN ONLINE
Post a Comment