Home » » Ujian Air Kencing Setiap Hari Memalukan Pemandu Bas

Ujian Air Kencing Setiap Hari Memalukan Pemandu Bas

Written By Unknown on 23/04/2014 | 5:45 pm

Kami pemandu-pemandu bas akan memberi kerjasama kepada pihak kerajaan jikalau langkah saringan dadah di terminal bas setiap hari dan jalan raya secara rawak dijalankan namun kami tidak bersetuju dengan keputusan ini…” kata Presiden Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia, Saa’dan Man.

Dia memberi reaksi sedemikian apabila dihubungi Astro AWANI pagi tadi bagi membalas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang berkata, “Semua pemandu bas ekspres akan menjalani ujian air kencing di semua terminal bas pada setiap hari mulai hari ini (Selasa).”

Bagi Saa’dan, ujian saringan secara rawak di jalan raya dan terminal bas setiap hari, hanya akan mengganggu jadual perjalanan bas kerana ianya memakan masa yang lama.

Ujarnya lagi, imej pemandu bas, syarikat malah imej negara akan tercemar kerana saringan dadah di jalan raya dan di terminal bas yang dibuat secara terbuka dapat dilihat oleh penumpang-penumpang yang merupakan pelancong-pelancong dari serata dunia.

Mengikut pengalamannya, kemalangan yang melibatkan bas bukannya hanya disebabkan kelalaian pemandu atau pun pemandu mengambil dadah, ianya lebih kepada keadaan bas yang tidak diselenggara secara menyeluruh, juga keadaan fizikal jalan raya di Malaysia yang tidak selamat bagi bas-bas, contohnya keadaan jalan di Malaysia yang tidak sesuai dengan berat dan muatan bas seperti bas dua tingkat.

Bagi pihak pemandu bas, Presiden ini berharap langkah-langkah yang lebih proaktif dan bijak boleh diambil pihak kerajaan seperti memantau syarikat-syarikat pengusaha bas yang kebanyakkannya tidak menjanjikan gaji yang setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pemandu bas.

Katanya, pemandu-pemandu bas di negara ini kurang motivasi dan sentiasa keletihan untuk bekerja kerana sentiasa dikerah untuk memandu dalam jangkamasa yang panjang, tanpa rehat dan gaji yang kecil.

Tambahya, lebih wajar dijalankan ujian saringan di pejabat-pejabat syarikat bas daripada di terminal bas aataupun di jalan raya.

Saa’dan juga menyeru agar pihak kerajaan perlu memberi perhatian yang lebih kepada keadaan dan penyelengaraan fizikal jalan raya di Malaysia.

“Tidak semua pemandu bas di Malaysia ini penagih dadah dan tidak adil bagi pemandu-pemandu bas yang lain yang mencari sesuap nasi yang halal dengan memandu bas di Malaysia ini dilemparkan dengan tuduhan sebegini,” tambahya lagi.

Pihak JPJ telah mengeluarkan kenyataan bahawa operasi saringan ujian dadah yang melibatkan seramai kira-kira 8,600 pemandu ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Lesen memandu akan ditarik serta-merta sekiranya pemandu tersebut gagal (positif) dalam ujian air kencing itu.

Share this article :

+ comments + 1 comments

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger