Home » » Tiada Jaminan Catuan Air Tidak Akan Berulang..Pulak Dah..

Tiada Jaminan Catuan Air Tidak Akan Berulang..Pulak Dah..

Written By Unknown on 30/04/2014 | 8:46 pm

Kerajaan negeri Selangor tidak menolak kemungkinan tindakan catuan air ke atas pengguna akan berulang, walaupun catuan dihentikan berkuatkuasa esok.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun memberi jaminan bahawa bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur bagi tempoh lima ke enam bulan akan datang adalah mencukupi.

“Kita tidak boleh beri jaminan catuan air ini tidak berulang.

“Tetapi melalui usaha yang sedang dijalankan dengan menggunakan air alternatif seperti sumber air hujan, air kolam dan bekas lombong kita yakin bekalan air cukup untuk keperluan pengguna sekurang-kurangnya untuk tempoh ke lima dan enam bulan akan datang,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, beliau berkata Kerajaan Selangor hari ini memutus menghentikan pelan tindakan catuan air serentak di semua kawasan terlibat mulai esok.

Abdul Khalid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu menunggu air di empangan mencapai takungan 50 peratus untuk menghentikan catuan.

Ini kerana usaha keras termasuk mengepam air kolam selain hujan berterusan di kawasan tadahan air mampu meningkatkan lagi paras air empangan, katanya. – BERNAMA

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger