Home » » Terkini Rembau ; Datuk Rogol Gadis 15 Tahun !!

Terkini Rembau ; Datuk Rogol Gadis 15 Tahun !!

Written By Unknown on 02/04/2014 | 8:00 am


REMBAU - Seorang datuk berusia 49 tahun di sini, bertindak luar batasan apabila tergamak menodai cucu tirinya berusia 15 tahun sebanyak dua kali, Jun lalu.


Lebih memalukan, lelaki terbabit melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah kandang lembu yang jauh daripada pandangan orang ramai.


Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar apabila mangsa yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, nekad membuat laporan polis.


Mangsa dikatakan menceritakan perangai datuknya itu kepada guru sekolahnya sebelum guru terbabit menasihatkannya membuat laporan polis.


Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, 13 Ogos lalu.


Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berkenaan.


Menurutnya, polis turut bertindak menahan suspek pada tarikh sama laporan dibuat.


“Suspek ditahan reman mulai dari tarikh dia di- tangkap sehingga siasatan selesai bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan.


"Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum selama 30 tahun dan hukuman sebatan,” katanya.

-sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger