Home » , » Terkini ; Foto Siapakah Anak Muda Yang Langkah Mayat Karpal Ni !!

Terkini ; Foto Siapakah Anak Muda Yang Langkah Mayat Karpal Ni !!

Written By Unknown on 18/04/2014 | 4:13 pm



Hehehehe macam-macam weHHH !!





Hentikan Sebar Gambar Karpal Mati Eksiden - Shabery Cheek

IPOH – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggesa pengguna media sosial menghentikan perbuatan menyebar dan berkongsi gambar ngeri yang dianggapnya sebagai sikap tidak bertamadun.

Sambil melahirkan rasa kesal dan sedih dengan perkembangan budaya itu, Ahmad Shabery berkata, perbuatan tersebut tidak mencerminkan keperibadian yang tinggi selain tidak beretika.

“Kita seolah-olah dikatakan terlalu lapar kepada kebebasan tetapi tidak tahu menilai dan menyalahgunakan kebebasan yang ada untuk menunjuk sikap kurang bertamadun, ini tidak ada dalam ajaran agama Islam serta agama lain,” katanya.

Beliau yang ditemui pemberita di sini hari ini diminta mengulas mengenai penyebaran gambar mendiang Karpal Singh, 74, ketika terbabit dalam nahas jalan raya awal pagi semalam, menerusi media sosial.

“Saya cukup sedih apabila melihat bagaimana gambar mayat, sesiapa sahaja yang diedar di media sosial dan sebagainya…dijadikan bahan tontonan,” katanya yang ditemui selepas menziarahi Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Paloh Datuk Norzula Mat Diah di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Norzula dirawat di High Dependency Unit hospital itu selepas cedera parah dalam kemalangan jalan di Cameron Highlands petang semalam yang turut meragut nyawa isterinya.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, pengamal media sosial kini semakin melampaui batas sehingga sudah tidak mampu mengambil kira sensitiviti keluarga mangsa.

Katanya orang ramai juga perlu berhenti daripada mengaitkan tragedi dengan politik yang berdasarkan rasa benci dan kemarahan.

“Kita harus menghormati mereka yang telah pergi dan tiada lagi, hormatilah perasaan keluarga dan orang yang mereka sayangi, serta tidak melibatkan perkara begini dengan dalam soal politik dan sebagainya,” katanya.

Dalam nahas 1.10 pagi di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan itu, Karpal Singh yang juga bekas Pengerusi DAP Kebangsaan dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor maut di tempat kejadian. Turut terbunuh pembantu peribadinya Michael Cornelius, 39. – BERNAMA


Foto dari fb ; Shim Shimone
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger