SUSULAN kejadian ‘rampasan’ pesawat Virgin Australia oleh seorang penumpang mabuk ketika dalam perjalanan dari Brisbane ke Bali, pihak polis Bali telah mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut.
Rupa-rupanya, penumpang yang dikenali sebagai Matt Lockley, 28, bertindak mengetuk pintu kokpit secara agresif kerana menyangka ia adalah tandas.
“Sebelum kejadian itu berlaku, pesawat sudah hampir mendarat. Krew penerbangan kemudian mengejutkan Lockley yang sedang tidur. Dia kemudiannya bangun untuk ke tandas dan mengetuk pintu kokpit itu,” ujar jurucakap polis, Heri Wiyanto.
Bimbang berlakunya rampasan, juruterbang menghantar mesej kecemasan kepada menara kawalan mengenai perkara itu.
Sebaik sahaja mendarat, Lockley dibawa keluar dari pesawat dalam keadaan bergari oleh pengawal keselamatan.
Pihak polis juga mendapati Lockley telah mengambil minuman keras, beberapa biji pil tahan sakit termasuk empat biji Panadol dan dua pil Voltaren.
Pada masa ini, dia masih dalam keadaan tertekan dan memerlukan rehat.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Sumber: Mirror UK)
Post a Comment