Home » » "Terima Kasih" - Jawab OBAMA

"Terima Kasih" - Jawab OBAMA

Written By Unknown on 26/04/2014 | 8:03 pm


SUBANG – “Terima kasih!”, kata Presiden Barack Obama, menjawab ucapan “Selamat datang Mr President” daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin selaku Menteri Pengiring di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, pada kira-kira 4.50 petang tadi.

Perkara itu dikongsi bersama Khairy menerusi laman Twitternya, sebentar tadi.

Turut mengiringi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Besar Malaysia Ke Amerika Syarikat, Datuk Dr Awang Adek Husin.

Presiden Amerika Syarikat (AS) yang menaiki pesawat Air Force One mendarat di sini selepas enam jam penerbangan dari Korea Selatan, disifatkan beliau sebagai lawatan bersejarah ke Malaysia.

Lawatan tiga hari Obama adalah yang kedua bagi Presiden AS selepas Presiden Lyndon B Johnson mengunjungi negara ini pada 1966.

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger