Home » » Terbaru Johor ; Foto Guru Racun 20 Ekor Kucing

Terbaru Johor ; Foto Guru Racun 20 Ekor Kucing

Written By Unknown on 01/04/2014 | 12:10 am

20 Kucing Mati Dipercayai Diberi Makanan Beracun

DEK kerana geram dengan kucing-kucing yang mengotorkan halaman inap desanya, seorang individu bertindak kejam memberi makanan yang mengandungi racun kepada 20 ekor kucing jiran-jirannya sehingga menyebabkan haiwan tersebut mati.

Kejadian yang berlaku di Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor ini telah dikongsikan di akaun Facebook ‘Dunia Kucing’, semalam.

Menurut pemilik akaun Nur Syamilla, perbuatan individu yang juga seorang guru itu telah dilihat oleh saksi dan laporan polis sudah pun dibuat.



Seorang lagi pemilik akaun, Amy Kurylenko turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dan memuatnaik gambar kucing-kucingnya yang mati dalam kejadian itu.


Memetik Harian Metro pula, seorang penduduk, Halipah Maarof, 63 mendakwa pengusaha inap desa itu pernah memaklumkan akan memberi makanan mengandungi racun jika penduduk di kampung itu tidak menjaga kucing mereka yang didakwa sering mengotorkan kawasan inap desa terbabit.

“Saya ingatkan kata-kata itu sebagai gurauan saja, bagaimanapun Ahad minggu lalu, kira-kira jam 4.30 petang, beberapa kucing didapati berdarah di mulut dipercayai selepas makan nasi bersama ikan yang diletakkan dalam satu bekas berhampiran halaman inap desa berkenaan.

“Akibat kejadian itu, tujuh kucing saya mati, malah ada jiran yang turut mendapati kucing masing-masing yang dijumpai mati dalam parit dan longkang di sekitar Taman Seri Waja,” katanya.

Menurutnya lagi, sampel makanan terbabit sudah pun dihantar ke Pejabat Veterinar Daerah dan mereka masih menunggu hasil keputusannya.

Sebenarnya, perkara ini boleh dielakkan jika kedua-dua pihak saling bekerjasama dalam mengatasi masalah ini.

Mungkin pemilik kucing silap kerana membiarkan kucing mereka berkeliaran di kawasan kejiranan, namun ia bukan alasan untuk pemilik inap desa tersebut membunuh haiwan itu kerana ia perbuatan yang boleh disifatkan sebagai kejam.

MYNEWSHUB.MY
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger