Home » » Terbaru : Dap Terus Bantah Hudud

Terbaru : Dap Terus Bantah Hudud

Written By Unknown on 25/04/2014 | 7:28 pm

DAP mengingatkan PAS bahawa pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan tidak terkandung dalam Perlembagaan negara dan tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia.

Penolong Setiausaha Publisitinya. Teo Nie Ching berkata, PAS perlu juga memahami rakyat yang mengundi parti itu dalam pilihan raya turut mengundi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bukan hanya mengundi parti tersebut semata-mata.

“Adalah mustahil untuk sebuah negara mempunyai dua sistem perundangan jenayah yang berbeza. Tidak mungkin hudud di Kelantan dan sistem sekular di peringkat kebangsaan boleh wujud secara selari,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rancangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Tegas beliau, mencuri adalah satu kesalahan jenayah dan pesalah mesti dihukum dibawah undang-undang jenayah yang sama.  -mynewshub.my

Foto hiasan

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger