Home » » Tarif Air Pulau Pinang Bakal Naik 20%

Tarif Air Pulau Pinang Bakal Naik 20%

Written By Unknown on 25/04/2014 | 11:57 pm

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengemukakan cadangan untuk menaikkan tarif air pada kadar purata 20 peratus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) minggu depan.

Pengurus Besar PBAPP Jaseni Maidinsa berkata cadangan kadar kenaikan tarif air itu telah diluluskan anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Beliau berkata berdasarkan cadangan itu, tarif air bagi 546,749 pengguna air berdaftar di negeri ini akan disemak untuk mempromosikan langkah penjimatan air dan mengelakkan catuan air.

“Bagi mengelakkan catuan air, kami berharap dengan tarif baharu air ini, kenaikan pada kadar purata 20 peratus bagi pengguna domestik akan dapat mengurangkan penggunaan air, yang merupakan penggunaan air tertinggi di negara,” katanya kepada pemberta di pejabat PBAPP di sini hari ini.

Dalam cadangan itu, tiada kenaikan bagi penggunaan kadar pertama sebanyak 20 meter padu air sebulan (bersamaan 1,000 liter).

Jaseni berkata langkah itu bagi mematuhi arahan kerajaan negeri untuk tidak membebankan kumpulan berpendapatan rendah.

Beliau berkata kadar kenaikan bagi penggunaan 20-40 meter padu air berikutnya adalah 9.5 peratus; 40-60 meter padu (30.77 peratus) dan 60-200 meter padu dan ke atas (30 peratus).

Katanya pengguna domestik yang menggunakan sehingga 40 meter padu sebulan adalah sebanyak 79 peratus (375,714 pengguna) daripada jumlah pengguna domestik di Pulau Pinang (471,466 pengguna).

“Malah dengan peningkatan tarif ini, tarif air Pulau Pinang kekal yang terendah di negara ini pada purata 32 sen bagi 35,000 liter air digunakan sebulan,” katanya dan menurutnya purata kadar tarif air peringkat kebangsaan adalah 66 sen seliter.

Katanya kali terakhir semakan dibuat terhadap caj minimum bagi bekalan dan tarif pengunaan air domestik sehingga 40 meter padu adalah pada 1993.

– BERNAMA

Foto hiasan

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger