Home » » Sidang Dun Selangor ; Lebih 10 Petugas Media Keracunan Makanan !!

Sidang Dun Selangor ; Lebih 10 Petugas Media Keracunan Makanan !!

Written By Unknown on 18/04/2014 | 4:49 pm




SHAH ALAM – Lebih 10 petugas media yang membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini semalam, mengalami cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh berkata, pihaknya menerima aduan daripada beberapa petugas berhubung kejadian itu, pagi ini.

Yeoh, yang turut mengalami keracunan makanan, berkata beliau mengesyaki ia berpunca daripada makanan yang dihidangkan pihak katerer, semalam.

“Akibat daripada itu, kami juga memanggil doktor serta beberapa petugas kesihatan kerajaan untuk hadir ke sini dan mengadakan pemeriksaan terhadap para wartawan,” katanya kepada pemberita di lobi dewan hari ini.

Beliau berkata selain petugas media, timbalan speaker dan tiga kakitangan Dewan Undangan Negeri serta kakitangan pejabat Speaker turut mengalami keracunan makanan.

“Susulan itu, kami mengambil tindakan menghentikan perkhidmatan katerer ini serta merta walaupun tempoh kontrak yang diberikan kepada mereka adalah sepanjang tahun ini,” katanya yang turut memohon maaf kepada semua petugas media berhubung kejadian itu. – BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger