Home » » Sibu ; Gadis 13 Tahun Mengandung Anak Dua Abangnya?

Sibu ; Gadis 13 Tahun Mengandung Anak Dua Abangnya?

Written By Unknown on 16/04/2014 | 9:46 am



SIBU: Cubaan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menuding jari ke arah teman lelakinya kononnya bertanggungjawabmerogolnya sehingga melahirkan anak bagi menyembunyikan perbuatan keji dua abangnya gagal apabila ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan tidak sepadan dengan lelaki berkenaan.

Ujian DNA yang dijalankan bagi menentukan siapa bapa kepada bayi lelaki terbabit yang diperoleh Selasa lalu menunjukkan ia tidak sepadan dengan sampel diambil daripada teman lelakinya berusia 17 tahun.

Berikutan itu, polis sekali lagi memanggil remaja berkenaan kelmarin dan selepas soal siasat, dia mengaku dirogol dua abangnya awal tahun ini.

Sumber berkata, pengakuan mangsa itu membawa kepada penahanan dua abangnya berusia 15 dan 17 tahun di rumah mereka di Lorong Laichee, di sini, kelmarin sebelum diarahkan menjalani ujian DNA.

“Remaja terbabit tinggal bersama bapa, dua abangnya serta seorang lagi adik lelakinya, manakala ibu mereka bekerja di Bintulu.

“Bapa mereka jarang berada di rumah kerana bekerja sebagai buruh di merata tempat di luar Sibu,” katanya.

Katanya, sebelum ini, remaja terbabit melahirkan anak pada September lalu cuba merahsiakan perbuatan dua abangnya.

“Remaja berkenaan ditempatkan di Pusat Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak di Kuching, hari ini (semalam),” katanya.


pilihan-anda
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger