Hong Kong: Seorang lelaki ditahan dengan wang bernilai lebih setengah juta dolar Amerika dilekatkan pada badannya, dipercayai untuk diseludupkan ke Shenzen, China.
Media semalam melaporkan, lelaki terbabit ditahan selepas dilihat berkelakuan mencurigakan ketika melalui pemeriksaan kastam di Sha Tau Kok di timur laut Hong Kong tengah malam kelmarin.
Jurucakap kastam Hong Kong berkata, apabila diarah membuka bagasinya untuk diperiksa, lelaki terbabit terus meninggalkan tempat itu dan lari ke arah Jalan Chun Ying Street - kawasan sempadan Hong Kong - China di tanah besar.
Dia bagaimanapun berjaya ditahan.
Melihat keadaan itu, katanya, kastam memeriksa bagasi berkenaan dan menemui wang tunai bernilai AS$580,000 (RM1.9 juta) di dalam beg.
“Kami juga menemui sejumlah wang yang dilekat pada beberapa bahagian badannya,” katanya.
Gambar yang tersebar di Internet juga menunjukkan ratusan wang kertas AS100 (RM328) dilekatkan pada badan suspek selain disorok di bawah seluar jeans serta di keliling pinggangnya.
Menurut undang-undang China, seseorang hanya dibenarkan membawa wang bernilai AS$5,000 (RM16,400) tanpa perlu membuat pengisytiharan bertulis.
Agensi berita kebangsaan pula menyifatkan kejadian itu sebagai “amat serius.”
Februari lalu seorang penduduk Hong Kong didenda hampir HK$1 juta (RM422,000) apabila cuba membawa masuk HK$5.5 juta (RM2.3 juta) ke tanah besar China.
Dalam kes itu lelaki terbabit memberitahu polis wang itu untuk membeli rumah dan dia enggan menggunakan perkhidmatan bank kerana mahu mengelak dikenakan komisyen lima peratus.
- Agensi
+ comments + 1 comments
COPY I PUNYA BLOG LAGI.... XPA TAK MARAH PUN COPY JE BANYAK-BANYAK http://suffianzone.blogspot.com/2014/04/lelaki-lekat-duit-rm-2-juta-pada-badan.html
Post a Comment