Home » » Selangor Terkini : Remaja 14 Tahun Di Rogol & Liwat !!

Selangor Terkini : Remaja 14 Tahun Di Rogol & Liwat !!

Written By Unknown on 19/04/2014 | 3:06 pm


SUNGAI BULOH – Seorang remaja berusia 14 tahun terpaksa menempuh detik hitam dirogol teman lelakinya sendiri dalam kejadian di Kampung Paya Jaras dekat sini, minggu lalu.

Menurut sumber, mangsa yang sudah tidak bersekolah itu dikatakan keluar dari rumah di Tanjong Karang Selangor tanpa pengetahuan keluarganya.

“Mangsa dibawa ke rumah sewa teman lelakinya di Kampung Paya Jaras sebelum dirogol dan diliwat.

“Siasatan mendapati mangsa turut dirogol oleh dua lagi lelaki yang merupakan kawan serumah teman lelakinya,” katanya.

Menurutnya, teman lelaki mangsa kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan, manakala dua lagi rakannya diburu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 dan 377 kanun keseksaan kerana merogol dan meliwat. – Sinar Harian Online

foto hiasan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger