Home » » Selangor Terkini ; Foto Lelaki Parah Di Langgar, Tetak & Di Tembak

Selangor Terkini ; Foto Lelaki Parah Di Langgar, Tetak & Di Tembak

Written By Unknown on 07/04/2014 | 1:51 am

Seorang Lelaki Cedera Parah Ditembak, Ditetak

Seorang lelaki ditembak dan ditetak setelah dilanggar dengan sebuah kereta dalam satu kejadian di Petaling Jaya di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata semasa kejadian, lelaki yang berumur 26 tahun itu sedang menunggang motosikal untuk ke tempat kerja sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna kelabu yang dinaiki dua lelaki pada pukul 10.20 malam tadi.

“Lelaki itu yang terjatuh selepas dilanggar kemudiannya telah ditetak menggunakan sebilah parang namun mangsa sempat melarikan diri dengan memanjat pagar sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun selepas itu, berdasarkan keterangan seorang saksi di tempat kejadian, terdengar bunyi tiga das tembakan dilepaskan kedua lelaki itu ke arah mangsa dan mengenai bahagian badan mangsa, katanya.

“Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di tangan kiri dan punggung, dan keadaannya setakat ini dilaporkan stabil,” katanya.

Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh orang awam.

Polis turut merampas sebilah parang panjang yang mempunyai kesan darah di dalam kawasan pagar rumah berkenaan dan satu serpihan kecil anak peluru berdekatan kawasan itu.

Arjunaidi berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger