Home » » Selangor ; Pas Bakal Bentang Draf Hudud ?

Selangor ; Pas Bakal Bentang Draf Hudud ?

Written By Unknown on 10/04/2014 | 8:00 am



Polimik tentang pelaksanaan hudud kembali bergema. Lazim laungan hudud berkumandang pd saat menjelang PRU, namun pd kali ini dilihat ada sinar dihujungnya yg bakal merealisasikan pelaksanaan hukum tersebut yg menjadi hasrat setiap umat islam yg sayangkn islam dan ingin melihat ianya mnjd sbhgn dr undang2 yg didaulatkan.

Hubungan baik antara YAB MB Kelantan dgn YAB PM dilihat merubah tempo tarian rentak hudud yg semakin terjejak ke bumi nyata. Ini kerana kerajaan pusat dilihat mngalu alukan draf hudud Kelantan dibentangkan di Parlimen...bukan sekadar itu, suara dr MP BN juga bersedia utk menyokong rang undang2 tersebut. 

Justeru ini perlu dilihat sebagai ruang terbaik untuk Pas merealisasikan idealisme perjuangan yg sekian lama diperjuangkan. Kenyataan YAB MB Kelantan yg mensasarkan pelaksanaan hudud di realisasikan selewat lewatnya menjelang 2015 merupakan sasaran yg sgt jelas lg bersungguh. Bahkan beliau sanggup hilang jawatan MB asalkan tidak hilang matlamat perjuangannya. Syabas terbaik dr YAB Dato Ahmad Yaakob yg mnunjukkn jalan yg perlu dilalui dan diikuti oleh kesemua pimpinan Pas.

Di negeri Selangor Pas adalah parti yg menang dengan majoriti terbanyak. Dalam erti kata sistem demokrasi, Pas adalah parti penentu dlm pembentukan kerajaan negeri Selangor. Sidang DUN yg berlangsung ketika ini seharusnya dimanfaatkan oleh Pas bg mengubah dan membentuk dasar-dasar baru kerajaan khususnya dlm mendaulatkan syiar islam. Persoalannya adalah Pas mampu menerajui perubahan politik di Selangor? 

Sebagai umat islam saya juga menaruh harapan yg tinggi kepada Pas untuk merangka perubahan yg lebih besar. Tiada apa yg lebih besar dan utama yg dapat mengatasi kedudukan dan kemuliaan agama. 

Perjuangan yg paling mulia adalah perjuangan bagi menegakkan hak Allah. Itu lah aspirasi prjuangan Pas yang saya fahami. Namun setelah diberi peluang untuk menerajui politik Selangor, apakah Pas Selangor masih sealiran dengan perjuangan Pas di Kelantan? 

Apakah Pas Selangor juga ada keberanian untuk merangka Draf hudud bagi direalisasikan di Selangor? Atau dek kerana berganding bahu bersama DAP dan PKR dlm membentuk kerajaan negeri, maka Pas mengenepikan wadah perjuangan bagi memartabatkan islam demi kelangsungan kuasa politik mereka? 

Harapan saya semoga adanya bibit bibit perubahan yg bakal berlaku. Pas Selangor didoakan agar ada keberanian untuk merealisasikan apa yg selama ini mnjadi bahan ceramah-ceramah di masjid dan surau yg menekankan tuntutan pelaksanaan syariat islam secara menyeluruh. 

Jika tidak...dimana bezanya Pas dan UMNO yg dikatakan tidak islamik jika islam yg dibawa oleh Pas juga bersifat kosmetik sebagaimana yang dilabelkan pada Umno. 

Takkala Umno dilihat sudah berlembut dan bersedia mnyokong usaha Pas untuk melaksanakan hudud, apakah Pas Selangor pula ada persediaan dan keberanian untuk merealisasikannya! Antara mendaulat syariat dengan menjaga kedudukan kuasa...agaknya Pas memilih yg mana? Takut pada desakan DAP dan PKR atau pada tanggungjawab terhadap Allah di akhirat...yang mana pendirian Pas Sgor!!!!

-Ustaz Rosdi Long
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger