Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) berkata pemotongan itu sebenarnya tidak perlu dilaksanakan, malah menyifatkan kenaikan gaji dan elaun yang diterima anggota pentadbiran negeri itu adalah hak mereka.
"Kenaikan gaji dan elaun yang itu membabitkan peruntukan RM15,750 hingga RM29,000 bagi anggota pentadbiran negeri dan RM11,250 bagi Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) adalah hak mereka.
"Saya tetap berpendirian bahawa elaun ini tidak perlu dipotong kerana ia dibuat bukan atas dasar suka-suka tetapi diluluskan persidangan ini sebelum ini," katanya ketika membahaskan Usul Enakmen Perbekalan Tambahan 2014 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.
Tambahnya, kenaikan gaji serta elaun yang berkuat kuasa awal tahun ini dilaksanakan berikutan rizab negeri yang tinggi dan rakyat pastinya memahami keadaan itu.
Pendapat sama turut disuarakan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) yang mempersoalkan pelaksanaan pemotongan itu malah menegaskan kenaikan gaji serta elaun sudah diperkenan Sultan Selangor pada persidangan sebelum ini.
Selanjutnya baca d SINI
Post a Comment