Home » » Selangor ; Bomba Guna Lori Selamatkan Pesakit Berat 200Kg

Selangor ; Bomba Guna Lori Selamatkan Pesakit Berat 200Kg

Written By Unknown on 13/04/2014 | 10:14 pm


Demi menyelamatkan nyawa, anggota-anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) melakukan khidmat di luar tugasan apabila membantu memindahkan seorang pesakit yang mempunyai berat badan kira-kira 200 kilogram ke Hospital Klang dekat sini, Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat KLIA Yahya Mohd Sham berkata beliau menerima panggilan daripada pegawai perubatan Hospital Banting untuk memindahkan Norfaizah Mohamad Rashid, 31, yang mengalami pendarahan paru-paru, ke Hospital Klang.

Permintaan itu dibuat kerana pesakit itu tidak dapat dibawa dengan menggunakan ambulans biasa, katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Yahya berkata tugasan itu merupakan tugasan yang pertama seumpamanya dilakukan oleh balai itu.

Pihaknya menggunakan lori Hicom lima tan yang mempunyai kemudahan kelengkapan untuk membawa pesakit obesiti itu.

“Tiga anggota bomba terlibat dalam operasi itu dengan dibantu seorang doktor dan dua pembantu hospital,” katanya.

Beliau berkata pihak bomba bersedia memberikan sebarang bantuan, dan bukannya terhad kepada kerja-kerja memadam kebakaran. – Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger