Home » » Sebaran Segera ; Penghakiman Penuh Kes Liwat Anwar !!!!

Sebaran Segera ; Penghakiman Penuh Kes Liwat Anwar !!!!

Written By Unknown on 18/04/2014 | 3:26 pm



Penghakiman bertulis setebal lebih 80 halaman mengenai hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan diterbitkan kepada umum Jumaat.

Ia antara lain bagi membolehkan orang ramai mengetahui sendiri sepenuhnya alasan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan mensabitkan Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh itu bersalah meliwat Saiful enam tahun lalu.

PENGHAKIMAN PENUH http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-05-19-01-2012_DatoBalia.pdf

Pada 7 Mac lalu, panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu terhadap Anwar, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun. Bagaimanapun mahkamah kemudian benarkan Anwar diikat jamin RM10,000 dan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim. Sebelum ini Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan itu pada 9 Januari 2012.-18/4/2014

Selanjutnya d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger