Home » » Saya Mohon Cerai Kerana Suami Suka "Jalan Belakang"

Saya Mohon Cerai Kerana Suami Suka "Jalan Belakang"

Written By Unknown on 18/04/2014 | 3:06 pm



Kuala Lumpur: Pengorbanan seorang wanita menjadi ‘isteri gantian’ demi mengelakkan malu keluarga suaminya, hanya sia-sia apabila dia kemudian dilayan seperti hamba seks serta dipandang rendah termasuk oleh mentuanya.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Hanim, 25, berkata, selama empat bulan pertama berkahwin, dia dan suami hanya berhubung menerusi telefon selain berjumpa seminggu sekali kerana suaminya yang juga seorang doktor, bertugas di luar ibu negara.

Hanim berkata, apa yang menyedihkan ialah di sebalik bersikap dingin terhadapnya, suaminya seolah-olah menjadikan dia seperti hamba seks setiap kali mereka berjumpa termasuk meliwatnya.

“Saya diliwat ketika usia perkahwinan baru masuk hari ketiga. Selepas itu dia hanya pulang ke rumah sekali-sekala dan setiap kali balik dia mesti mengajak saya melakukan hubungan kelamintermasuk luar tabii. Tanpa pilihan, saya terpaksa menurut saja kemahuannya,” katanya.

Berikutan itu, perkahwinan Hanim yang berlangsung Mei lalu di sebuah kawasan perumahan dekat sini, hanya bertahan enam bulan apabila mereka bercerai November lalu.


pilihan-anda
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger