Di Penampang Sabah, Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun maut selepas dipercayai disimbah asid oleh seorang lelaki bertopeng di sebuah restoran di Towering, Jalan Penampang, pada jam kira-kira 4.30 pagi tadi.
Difahamkan, mangsa bersama dua rakannya sedang memesan makanan di sebuah restoran apabila tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topeng terus menyimbah cecair dipercayai asid ke muka mangsa dan mengakibatkan mangsa menggelupur kesakitan sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) oleh dua rakannya.
Walau bagaimanapun, remaja tersebut tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan pada 11.20 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Takziah.
Post a Comment