Home » » Rakyat Penang Kena Jual?

Rakyat Penang Kena Jual?

Written By Unknown on 04/04/2014 | 11:43 am

Lim Guan Eng Sengaja Naikkan Tarif Air Pulau Pinang?


Langkah “drastik” Lim Guan Eng untuk menaikkan tarif air di Pulau Pinang secara tidak langsung menggambarkan Pakatan Pembangkang ini merupakan pemerintah yang akan menaikkan harga barangan sesuka hati dan membebankan rakyat tanpa sebab yang cukup kukuh. Ini amat berbeza dengan Kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah dengan sengaja menaikkan sebarang harga barangan melainkan terpaksa. Rakyat juga perlu ingat bahawa kenaikan harga barangan yang berlaku sekarang adalah akibat dari provokasi mereka yang tidak bertanggungjawab dengan bantuan “tangan ghaib” yang memegang ekonomi negara kita. Namun kenaikan tarif air di Pulau Pinang jelas memang disengajakan oleh DAP.

Isu kenaikan tarif air di Pulau Pinang menjadi topik hangat ketika ini memandangkang dalam PRU13 baru-baru ini dalam manifesto mereka menegaskan untuk memastikan kerajaan negeri dan Persekutuan mengurangkan tarif air. Pakatan pembangkang turut menyatakan penetapan tarif air pada kos rendah akan mengurangkan beban kos hidup orang ramai. Pembohongan mereka terbongkar kali pertama apabila selepas PRU13 kerajaan Pulau Pinang menaikkan kadar surcaj pemulihan air (WSC) pada 1 September 2013. Kini kerajaan Pulau Pinang sekali lagi memungkiri janji kepada rakyat dengan mengumumkan kenaikan menaikkan tarif air pada tahun ini pula.

Bayangkan sekiranya kerajaan Barisan Nasional membuat kenyataan bahawa KENAIKAN HARGA barangan adalah untuk mengajar rakyat berjimat cermat. Maka pihak pakatan pembangkang tanpa membuang masa akan terus “menjerit” “melolong” macam orang gila “menghentam” kerajaan Barisan nasional. Namun apabila perkara yang sama dilakukan oleh Lim Guan Eng @ DAP maka mereka pun memberikan justifikasi betapa praktikal dan berhemahnya keputusan mereka itu dan ironinya penyokong pakatan pun dengan “redha” menerima keputusan tersebut.

Dalam kekalutan rakyat menghadapi krisis air, tiba-tiba Lim Guan Eng @ DAP telah mengumumkan kadar tarif air Pulau Pinang akan dinaikkan pada masa depan selepas mengambil kira permintaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian. Beliau turut menyalahkan penduduk negeri Pulau Pinang kononnya tidak bijak menguruskan penggunaan air sehingga menyebabkan negeri ini menjadi negeri tertinggi penggunaan air dalam kalangan penduduk. Baca seterusnya di TV14
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger