Home » , » Pulau Pinang Terkini ; Video Gaduh, Isteri Rempuh Kereta Suami...

Pulau Pinang Terkini ; Video Gaduh, Isteri Rempuh Kereta Suami...

Written By Unknown on 17/04/2014 | 3:08 pm

Kisah pasangan suami isteri yang bergaduh hingga salah seorang daripadanya memecahkan pinggan di dapur mungkin bukan kisah luar biasa.
Tapi pasangan di Butterworth, Pulau Pinang nampaknya lebih ganas daripada biasa apabila mereka ‘berperang’ dengan memecahkan kenderaan.
Dalam rakaman video yang diambil di di Jalan Raja Uda jam 4.30 petang Isnin lalu, sebuah kereta jenis Citroen didapati menghalang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima.
Pemandu Toyota Estima dapat dilihat cuba beredar tetapi dirempuh beberapa kali oleh pemandu Citroen walaupun terdapat orang awam cuba mententeramkan dirinya.
Kejadian ini mengejutkan orang ramai yang berada di kawasan sekitar.
Difahamkan, kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara suami isteri hingga membuatkan salah seorang daripadanya mengamuk kerana tidak dapat menahan perasaan.
1 https://www.google.com/url?q=http://mynewshub.my/2014/03/22/lamborghini-aventador-hancur-rempuh-treler/&sa=U&ei=zWVPU_DoMouUyATS2ILgCw&ved=0CBYQFjAJ&client=internal-uds-cse&usg=AFQjCNHlh70NBTjbGm7YZCQFmXbf9EvI8Q
Kesudahannya, kedua-dua kereta mengalami kerosakan teruk. Macam ini baru puas hati mereka agaknya… - MYNEWSHUB


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger