Home » » Program Realiti "Jual Dara" Pertama Di Dunia..

Program Realiti "Jual Dara" Pertama Di Dunia..

Written By Unknown on 28/04/2014 | 1:03 pm




SEORANG gadis antara yang menawarkan dirinya untuk dilelong.

LAS VEGAS: Sebuah program realiti yang bakal diterbitkan tidak lama lagi akan menyaksikan gadis dan lelaki remaja melelongkan dara dan teruna mereka kepada pembida paling tinggi.


Program berkenaan akan diteribitkan oleh penerbit dokumentari, John Sisely yang sebelum ini dipaksa meninggalkan Australia selepas pihak berkuasa negara itu mengancam mendakwanya berhubung projek itu.


Dia kemudian memindahkan projek berkenaan ke Nevada, Amerika Syarikat, tempat terletaknya ‘bandar dosa’ Las Vegas.


Siseley berharap memperoleh pembeli dalam lelongan yang akan disiarkan secara langsung dari sebuah rumah pelacuran.


Sisely menghabiskan masa lebih setahun mencari peserta lelaki danwanita yang masih dara untuk menjual diri mereka di depan kamera.


Bercakap kali pertama sejak memilih peserta, Siseley berkata dia akan membayar setiap peserta sebanyak AS$20,000 (RM65,000).


Peserta juga akan menerima 90 peratus daripada harga jualan mereka. Baki 10 peratus itu akan diserahkan kepada rumah pelacuran itu.


Penerbit filem yang berpusat di Melbourne itu mengadakan saringan di Sydney tahun lalu dengan poster berbunyi ‘Dara Dikehendaki’ yang berlatarbelakangkan imej Virgin Mary.


Katanya: “Bahagian paling sukar ialah memberitahu ibu bapa. Mereka membenci saya.”


Seorang pelayan yang menggunakan nama samaran Veronica berkata, ibu bapanya begitu marah apabila dia mendedahkan hasrat untuk menjual dirinya.


Katanya, dia bersetuju menyertai projek kontroversi itu kerana mahukan wang dan menukarkan tanggapan terhadap seks.


“Secara teknikalnya, saya menjual dara saya untuk wang. Secara teknikalnya juga, ia akan diklasifikasikan sebagaipelacuran. Tetapi ia tidak akan berlarutan.


“Kerana itu, pada pendapat saya, saya tidak akan menjadi pelacur.”


Seorang peserta lelaki yang dikenali sebagai Alex, 20 berkata, dia menyertai projek itu sebagai cara untuk berkenalan dengan seseorang.


Seorang lagi calon, Ronan, berkata, dia sudah bosan menunggu calon sesuai untuk menjadi teman wanita dan akan menimbang sebarang tawaran.


Calon ketiga pula yang menamakan dirinya John berkata, dia bersedia mengadakan seks dengan pembida lelaki mahupun wanita.


“Wang adalah insentif yang baik tetapi saya lebih teruja dengan perjalanan projek itu,” katanya.


Projek berkenaan mencetuskan kemarahan aktivis keluarga.


Seorang senator di Australia menyifatkannya sebagai tidak masuk akal, mengarut dan meloyakan.

sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger