Sebelum ni Aakj ada keluarkan artikel ini d SINI
Kuala Lumpur – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengarahkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur agar mengambil tindakan ke atas satu parti liar haram yang bakal diadakan di ibu kota Jumaat ini.
Menurut Setiausaha Akhbar Menteri, Mohd Hishamuddin Yahya yang dihubungi sebentar tadi, pihak Menteri telah mengarahkan pihak DBKL untuk mengambil tindakan sewajarnya agar parti liar itu tidak diteruskan.
“YB Menteri Wilayah sudah arahkan DBKL, gunakan apa sahaja kuasa yang ada untuk membatalkan konsert tersebut” katanya.
Menurut beliau lagi, pihak DBKL juga tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen untuk konsert seperti ini.
“Ia dibuat secara haram, dan pada ketika ini para pegawai DBKL sedang berada di tapak penganjuran untuk mengambil tindakan” jelasnya lagi.
Terdahulu masyarakat khususnya para pengguna media sosial berang dengan tindakan penganjur yang mempromosikan satu parti liar yang akan diadakan di Pool, Jalan Ampang dengan tema ‘Topless Friday Beach Party’.
Dalam erti kata lain, mereka yang ingin menghadiri parti tersebut perlu memakai pakaian yang selari dengan konsep pada malam itu.
Parti liar yang mengenakan bayaran sebanyak RM35.00 untuk pengunjung lelaki itu turut menghidangkan minuman keras bagi menarik perhatian pengunjung.
Post a Comment