Home » , » Penyelesaian Terbaik Kerajaan Selangor, Bagi Air Lombong Pada Rakyat ?

Penyelesaian Terbaik Kerajaan Selangor, Bagi Air Lombong Pada Rakyat ?

Written By Unknown on 24/04/2014 | 1:00 pm



Krisis air yang melanda Selangor dianggap sebagai kritikal dalam sejarah. Namun persoalannya krisis air yang menyusahkan rakyat ini sepatutnya boleh dielakkan dengan pembinaan Langat2. 

Atas kedegilan dan “bodoh sombong” pentadbiran pakatan yang menolak pembinaan Langat 2 kononnya ada banyak lagi penyelesaian yang lebih murah untuk mengelakkan kenaikkan tarif air seperti teknologi Membran dan lain-lain lagi maka rakyatlah yang terpaksa menderita apabila berlakunya pencatuan air.

Ramai yang terpaksa mandi di pejabat dan ramai juga yang tidak mandi seharian akibat dari catuan air ini. Namun perkara yang rakyat langsung tidak boleh bertolak ansur apabila mereka terpaksa menunaikan “hadas besar dan kecil” dalam keadaan tanpa air. Cuba bayangkan berapa orang dalam sehari yang ‘menyumpah seranah” kerajaan pakatan Selangor?

Semalam kerajaan negeri Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bersedia untuk menghentikan catuan air yang dilaksana sejak Mac apabila paras air di Empangan Sungai Selangor meningkat ke 42 peratus. Namun begitu hingga kini paras airEmpangan Sungai Selangor masih berada di bawah paras kritikal iaitu 38.97 peratus dengan jumlah takungan 89.63 juta liter padu.

Baca seterusnya d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger