Home » » Pencuri Motor Hampir Mati Di Hukum Dengan "Semut Api"

Pencuri Motor Hampir Mati Di Hukum Dengan "Semut Api"

Written By Unknown on 19/04/2014 | 3:14 pm





Ayopaya: Penduduk desa di kawasan hutan Amazon mengenakan hukuman yang kejam terhadap dua pencuri motor mengikat mereka pada pokok yang penuh dengan semut api.

Kedua-dua pencuri itu berusia 18 dan 19 tahun hampir mati digigit semut berbisa itu.

Kejadian itu berlaku di Ayopaya di hutan Amazon bahagian barat Bolivia.

Penyeksaan terhadap kedua-dua pencuri itu dilakukan selama tiga hari berturut-turut.

Mereka hanya dibebaskan Sabtu lalu apabila keluarga kedua-dua pemuda berkenaan membayar wang tebusan dan ganti rugi kepada pemilik motor berjumlah RM12 ribu, hampir empat kali ganda purata upah bekerja setahun di Bolivia.

Kedua-dua pencuri motor itu kritikal dan ginjal seorang daripada mereka dikatakan hancur.

“Keadaan mereka parah dan hampir mati kerana digigir semut yang beracun,” kata Dr. Roberto Paz yang bertugas di hospital Bolivia Cochabamba.

Semut ganas jenis seudomyrmex triplarinus itu mempunyai racun yang mampu membunuh mangsanya.

Tetapi dalam dos kecil, racun semut itu boleh digunakan sebagai penawar perubatan tradisional untuk penyakit artritis. – Agensi

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger