Baru-baru ini, kecoh di suara rasmi DAP iaitu Roketkini berkenaan Tony Pua yang dihalang daripada berucap dalam Persidangan Malaysia Summit Australia (MASA) 2014, di Australia.
Dalam email bertarikh 14 Oktober 2013 yang dihantar oleh penasihat pelajar Jabatan Perkhidmatan Awam Shahrezan Md Sheriff kepada penerima biasiswa JPA, pelajar-pelajar ‘dinasihatkan’ supaya tidak menghadiri program Festival of Ideas, Adelaide, jika tidak mahu dikenakan sebarang ‘tindakan tegas’.
MASA yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 24 April di Melbourne itu merupakan program yang ditaja bersama oleh Kelab UMNO Australia.
DAP menyifatkan halangan terhadap Tony Pua sebagai bukti yang penaja dari pihak kerajaan Malaysia takut dengan mereka serta ingin menutup minda pelajar-pelajar Malaysia di sana.
Walaubagaimanapun, kebanyakan pelajar di sana dan juga rakyat Malaysia di sini melihat tindakan penaja menghalang Tony Pua sebagai bertepatan berdasarkan sikap pembangkang yang gemar menggunakan pentas yang diberikan kepada mereka untuk memburukkan negara sendiri.
Lagipun, kita percaya, sekiranya Tony Pua dibenarkan berucap sekali pun, beliau tidak mampu memberikan apa-apa idea yang bernas yang mana menjadi ‘tema’ program tersebut, iaitu ‘Festival of Ideas’.
Jika Tony Pua sekadar ingin berucap menuduh kerajaan lemah, korup dan gagal menangani isu MH370 seperti yang sering dimomokkan pembangkang di setiap pentas ceramah, maka itu bukanlah idea. Menuduh pilihanraya tidak telus atau pemimpin UMNO boros juga bukan idea.
Selain perkara ini, kita yakin Tony Pua tidak ada apa-apa lagi untuk diperkatakan selain menipu hadirin kononnya DAP berkhidmat dengan Cekap, Amanah dan Telus (CAT).
Malangnya, puji-pujian terhadap parti sendiri juga, bukanlah idea.
Justeru, tanpa sebarang idea untuk diketengahkan, maka untuk apa Tony Pua perlu dibenarkan berucap? Apatah lagi jika ucapan itu mampu membawa kepada perpecahan di kalangan pelajar di sana serta merosakkan imej negara.
Rakyat Malaysia berpecah belah pada hari ini kerana pembangkang telah diberi ruang yang terlebih luas untuk berucap. Saban hari mereka menggunakan semua platform yang ada untuk memfitnah dan menghentam, dalam usaha untuk menggambarkan Malaysia sebagai negara paling buruk dan teruk sekali di dunia. Tidak ada satu pun dari ucapan pembangkang yang membina, sebaliknya hanya berniat untuk memusnahkan segala yang telah dibina.
Dalam pembangkang menghentam, menuduh, memfitnah dan menipu itu, negeri yang diperintah mereka pula dilanda berbagai masalah.
Harapan agar pembangkang menggunakan kebebasan bersuara itu untuk menjadi alternatif atau pengimbang kepada kerajaan ternyata sia-sia.
Oleh itu, tidak hairanlah jika penaja program MASA melihat bahawa sudah tiba masanya suara sumbang pembangkang disekat sedikit agar perpecahan sesama rakyat Malaysia dapat dibendung. Kita tentu sekali tidak mahu pelajar-pelajar kita di Australia pulang nanti dengan membawa semangat prejudis sesama kaum, keliru dengan sejarah serta bencikan negara sendiri.
Lebih dari itu, kita ingin bertanya Tony Pua, apakah kelayakan bagi mana-mana pemimpin DAP untuk ke sana ke mari memberi ucapan, mengkritik dan menghentam itu dan ini sedangkan Ahli Jawatankuasa Pusat parti sendiri juga masih belum sah?
Tidak malukah bercakap mengenai CAT, jika pemilihan parti sendiri terbukti berjalan keadaan yang begitu kotor sekali? Tidak malukah bercakap mengenai ‘bersih’ sedangkan muka sendiri bersalut najis?
+ comments + 1 comments
DAP berunsurkan idealogi komunis
Post a Comment