\
\
1) Pemilihan jawatan Presiden PKR pada kali ini akan menyaksikan satu pertandingan yang paling aneh dalam sejarah politik dunia sekiranya ia benar benar berlaku pada hari pengundian.
2) Sekiranya tidak terjadi sekali pun, Anwar dan Wan Azizah tetap telah melakar sejarah apabila kedua2 suami isteri ini telah mendaftarkan diri bagi bertanding jawatan Presiden untuk Parti yang ditubuhkan semata-mata untuk menjaga kepentingan politik dan peribadi Anwar.
3) Berdasarkan asas penubuhan-nya maka tidak pelik untuk merumuskan bahawa dalam PKR bukan rakyat tetapi Anwar lah yang diutamakan. Lantaran segala- galanya yang diperjuangkan adalah berkisar kepada Anwar umpama Hidupku dan Matiku adalah Semata-mata Keranamu Anwar.
4) Yang bermain di pemikiran para pemerhati politik tentulah berputar kepada rational yang boleh menjawab tindak tanduk kedua- dua suami isteri apabila masing-masing mencalonkan diri bertanding jawatan Presiden PKR.
5) Ramai ahli PKR mengeluh akan kejadian tersebut yang dilihat sebagai sandiwara politik Anwar dan kecewa kerana tidak mahu diperbodohkan oleh orang yang mereka amat sanjungi selama ini.
5) Jika dilihat secara umum, sungguhpun ramai telah menduga tetapi tidak menjangka Anwar sanggup melakukan perkara yang diluar dugaan ini kerana hal ini sekaligus menyekat Azmin daripada bertanding jawatan Presiden PKR menentang Wan Azizah.
6) Sebenar-nya pergerakan ini amat menarik malahan lebih teruja daripada Gerakkan Kajang atau 'Kajang Move' kerana Azmin lah strategis yang amat lecek dalam percaturan politik melangkaui boss-nya dalam Pemilihan PKR kali ini.
7) Ramai yang berpendapat bahawa bukan lah hasrat sebenar Azmin mahu merebut jawatan Presiden tetapi dengan memberi tekanan kepada bossnya maka secara langsung memaksa Anwar bertanding sungguhpun kes rayuan liwat kedua-nya belum diputuskan lagi.
8) Wan Azizah pastinya akan menarik diri bagi membolehkan suaminya menang tanpa bertanding. Setelah itu, Anwar bersama kuncu- kuncu yang lain akan berhempas pulas berkempen bagi memastikan kemenangan Azmin mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.
9) Azmin merupakan penyandang jawatan dan tidak sukar bagi beliau dan Anwar untuk menggunakan alasan tersebut sebagai bahan kempen bagi mengekalkan Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden.Tambahan Azmin-Anwar akan mengerah penyokong & jentera parti bagi memastikan kemenangan mudah berpihak kepada Azmin.
10) Ramalan-nya nanti adalah Anwar menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR dan Azmin kekal sebagai Timbalan Presiden justeru gandingan Anwar- Azmin akan menjadi amat kukuh dan sukar digugat kerana batu penghalang utama mereka iaitu Azizah dan Khalid akan menjadi sisa buangan dalam politik sampah PKR.
11) Apabila kedudukan Anwar & Azmin sudah utuh maka percaturan jawatan Menteri Besar Selangor (MBS) adalah lebih mudah. Sebagai Presiden parti, Anwar mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan orang yang beliau kehendaki sebagai Menteri Besar Selangor.
12) Setelah tersingkirnya Khalid dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden maka kedudukan beliau sebagai MBS juga turut tergugat. Begitu juga Wan Azizah pun mungkin akan terkeluar daripada senarai bakal calon MBS memandangkan beliau bukan lagi Presiden parti & juga tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti.
13) Dalam scenario ini lah, Anwar akan menggunakan alasan yang terbaik untuk mencadangkan kepada DAP & PAS bagi menerima Azmin sebagai MBS yang baru.
14) Maka bertakhtalah Azmin kerana beliau adalah orang yang paling beruntung setelah kegagalan 'Kajang Move' untuk menobatkan Anwar sebagai MBS mengantikan Khalid Ibrahim.
15) Sekiranya, Rayuan Anwar ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, maka kerusi Presiden PKR yang terpaksa dilepaskan oleh Anwar akan serta merta disandang dan dipangku oleh Azmin.
16) Hal ini sudah semestinya meletakkan Azmin dalam kedudukan yang paling kukuh kerana beliau akan menjadi amat berkuasa apabila sekaligus memegang jawatan sebagai Ketua Kerajaan Selangor serta menjadi Pemangku Presiden dan Timbalan Presiden PKR.
17) Strategi yang bermula semasa Gerakan Kajang akan berakhir selepas Pemilihan PKR di mana Azmin akan menjadi pewaris yang paling bertuah dalam percaturan politik Azmin-Anwar. Itu lah yang diingatkan kepada kita semua oleh Saidina Ali ra. 'Kebatilan yang dirancang boleh menewaskan kebenaran yang tidak dirancang ' - 'alrite and gudbye' Wan Azizah and Khalid Ibrahim.
Artikel sumbangan Tengku Rethwan Tengku Mansor
foto hiasan
Post a Comment