Pembangkang ini sentiasa mengambil kesempatan ketika negara berhadapan dengan keadaan genting atau krisis yang di luar jangkaan.
Bagi pembangkang keadaan krisis adalah masa terbailk bagi mereka untuk meraih keuntungan politik dengan menyerang kerajaan.
Samada perkara yang bangkitkan ketika krisisitu betul atrau tidak bukan menjadi ukuran mereka.
Apa yang penting kerajaan harus diserang semaksimum mungkin dengan memberi pandangan atau pendapat yang mengeruhlan lagi keadaan.
Ambil sahaja contoh isu serangan penganas Sulu di Lahad Datu lebih setahun lalu di mana naib presiden PKR, Tian Chua bukan sahaja menghina anggota keselamatan yang menyabung nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara tetapi menganggap kematian mereka seperti mati katak.
Di mana-mana negara pun rakyat tidak akan mendengar penghinaan seperti yang terpancul dari mulut pemimpin pembangkang seperti Tian Chua.
Tetapi hakikat ini berlaku di Malaysia yang menampakkan kerendahan akhlak dan moral pembangkang.
Mereka sepatutnya membantu kerajaan untuk menstabilkan keadaan gelisah di kalangan rakyat teta[i sebaliknya mereka bertindak untuk mencurah minyak kepada api yang sedang menyemarak.
Pembangkang di negara ini hanyalah satu kumpulan ahli politik yang hanya bertanggungjawab kepada parti mereka sahaja bukannya kepada rakyat atayu negara.
Apa sahaja yang mereka lakukan adalah untuk kepentingan parti dan bukannya negara atau kebajikan rakyat.
Dalam isu kehilangan pesawat syarikat penerbangan MAS MH370, pembangkang negara ini turut serta beriya-iya mempersendakan usaha gigih kerajaan dalam mencari dan menyelamat.
Belum lagi kotak hitam dijumpai yang mampu merungkai misteri dan punca sebenar kehilangan MH370 pembangkang sudah memberi pelbagai andaian yang tidak logik dan tidak masuk akal.
Terbaru dalam temuramah dengan media asing Telegraph, ketua pembangkang menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat daripada rakyat mengenai kehilangan pesawat tersebut.
Jika benar kerajaan cuba memyembunyi maklumat, mengapa pulasidang media diadakan setiap hari untuk memberikan informasi terkini mengenai usaha mencari dam menyelamat.
Menteri dan juga pegawai tertinggi agensi kerajaan terbabit dan juga MAS tetap berdepan dengan ratusan media tempatan dan asing setiap hari untuk menjawab segala macam soalan berkenaan MH370.
Jika kerajaan menyorokkan sebarang maklumat sudah tentu pihak media akan menghidu usaha tersebut dan akan menekan untuk mendapat jawapan.
Semua soalan yang diajukan dijawab dengan jelas, terang dan professional dan tidak ada apa yang diselindungkan.
Jika Malaysia cuna memyembunyikan maklumat bagaimana pula 26 buah negara sahabat yang turut sama membantu dalan usaha SAR.
Takkan Malaysia boleh menyembunyikan sesuatu maklumat yang turut dikongsi bersama oleh negara-negara lain?
Jadi apa yang didakwaAnwar adalah semata-mata fitnah yang dilemparkan dengan nita buruk terhadap kerajaan dan juga keluarga mangsa yang hilang.
Ia dibuat seolah-olah untuk memberi gambaran kepada media asing bahawa Malaysia turut terlibat dalam andaian konspirasi yang dilaungkan oleh pembangkang selama ini.
Malah sesetengah laporan terpesong oleh media asing adalah jhasil daripada putar belit yang dilakukan oleh pembangkang.
Malah ahli parlimen Segambut dengan angkuh mempersendakan kemampuan anggota tentera udara dan laut dalam usaha SAR dengan meminta mereka diberi kuasa untuk mengarahkan usaha mencari dan menyelamat.
Ini adalah contoh jelas bagaimana rosaknya minda dan pemikiran pembangkang sehingga apa yang keluar dari mulut mereka adalah lebih kotor daripada najis.
Post a Comment