Home » » Panah Petir ; Pelajar MRSM Meninggal Dunia..Alfatihah !!

Panah Petir ; Pelajar MRSM Meninggal Dunia..Alfatihah !!

Written By Unknown on 03/04/2014 | 7:29 pm


Allahhuakbar !! AlFatihah...

Tadi Aakj ada letak artikel mengenai pelajar MRSM yang d panah petir ketika pulang ke asrama d SINI..

Baru saja Aakj terima berita dari sana..pelajar tersebut baru kembali ke rahmatullah..

Aakj ucapkan takziah..

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Johan Jasmin, 13, yang disambar petir di padang sekolah petang kelmarin meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka, jam 3.50 petang tadi.
Jenazah akan dibawa ke kediaman keluarganya di Jelutong Heights, Bukit Jelutong, Selangor esok dan dikebumikan pada jam 10 pagi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
Bahagian Komunikasi Korporat MARA yang dihubungi mengesahkan mengenai kematian pelajar tingkatan satu itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Selasa lalu, mangsa dalam perjalanan pulang ke asrama selepas beriadah bersama 200 pelajar lain sebelum dia tiba-tiba rebah akibat disambar petir.

Mangsa yang berada di tengah kelompok pelajar rebah serentak dengan bunyi dentuman petir menyebabkan badannya menggigil, rambut berasap dan mulut berbuih sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger