Home » » Misi Anak Malaysia Ke Greenland ; Beruang Kutub Antara Cabaran Menanti

Misi Anak Malaysia Ke Greenland ; Beruang Kutub Antara Cabaran Menanti

Written By Unknown on 03/04/2014 | 12:40 pm

TrainingGunung

PARA peserta ekspedisi Greenland 2014 hujung bulan ini bakal berdepan dengan cabaran bukan sahaja suhu yang teramat rendah tetapi juga ancaman dari gangguan beruang kutub.

Beruang kutub dikenali dengan tabiatnya yang memakan daging dan beruang jantan boleh mencapai berat sehingga 400 – 600 kilogram manakala beruang betina beratnya adalah kira-kira separuh daripada itu.

Beruang jenis ini yang hidup di kawasan Artik memang dikenali sebagai haiwan yang enggan diganggu kawasan kediamannya dan boleh menyerang jika berasa terancam.

Ketua Ekspedisi Greenland 2014 Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin berkata selain ancaman beruang, kesemua lapan peserta akhir yang dipilih turut bakal berdepan dengan perubahan cuaca dan angin yang drastik.

“Para peserta juga akan menghadapi suhu di bawah paras beku yang melampau, meredah laluan berbukit dan berais, mengharungi dan berjalan sejauh 20km setiap hari,” katanya kepada Mynewshub.my.

Sementara itu, beliau yang mesra dikenali dengan nama Qobin turut meluahkan rasa sedih pasukan ekspedisi berkenaan ke atas tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac lepas dan sehingga kini pesawat berkenaan masih hilang.

“Kita turut bersedih dan berdukacita di atas apa yang telah berlaku dengan pesawat MH370, namun demikian para peserta harus meneruskan latihan memandangkan ekspedisi bukanlah suatu kembara yang mudah malahan cabaran alamnya juga tidak dapat kita jangkakan.

“Sehingga kini saya melihat dan dapat merasakan debaran ekspedisi itu, Walaubagaimanapun, kita telah membuat persiapan rapi dalam menghadapi semua ini dan kita berserah segalanya kepada Allah,” kata Qobin.

Bermula semalam sehingga Ahad ini, para peserta sedang berada di Kathmandu, Nepal bagi membuat persiapan pembelian peralatan ekspedisi memandangkan Nepal merupakan pusat membeli peralatan sukan ekstrem seperti mendaki yang menjadi tumpuan dunia.

Lapan peserta termasuk seorang Anak Felda dan anak negeri Kedah bakal berlepas ke Greenland pada 24 April hingga 21 Mei nanti dengan merentasi Greenland sejauh 550km selama kira-kira 35 hari.

Mereka akan merentasi kawasan sejuk itu dari Timur di Ammassalik ke Barat di Sondre Stromfjord. – MYNEWSHUB.MY
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger