Berbeza dengan jaminan kerajaan Selangor, Anggota Parlimen Klang Charles Santiago hari ini mendakwa, kajian mendapati takungan di sebuah lombong di Bestari Jaya sangat tercemar dengan bahan logam.
Wakil rakyat DAP itu berkata, dua penyelidik daripada Universiti Malaysia yang menjalankan kajian berasingan mendapati, lombong itu tercemar dengan arsenik, kromium, tembaga, plumbum, zink dan timah.
“Kedua-dua kajian ini mendapati lombong Bestari Jaya mempunyai logam berat dan penurunan kualiti air,” katanya.
Lombong di Bestari Jaya antara antara dicadangkan dipam airnya ke lembangan Sungai Selangor bagi menghadapi masalah kekurangan air akibat penyusutan tahap air empangan.
Bercakap kepada Malaysiakini, Charles berkata, tahap pencemaran logamnya juga antara sederhana dan sangat tinggi, sekali gus sangat berbahaya kepada alam sekitar dan manusia.
“Ia memberi kesan kepada kesihatan awam,” katanya.
Beliau juga berkata, jika air lombong tercemar dengan logam berat atau toksik, loji rawatan tetap tidak dapat membersihkannya.
Menurut laporan yang disiarkan pada 2010 dan 2012 itu, kepekatan logam di Bestari Jaya melebihi tahap dibenarkan Standard Kualiti Air Malaysia. – MalaysiaKini
Post a Comment