Home » » #MH370 Terkini : Objek Terdampar Dikesan !!

#MH370 Terkini : Objek Terdampar Dikesan !!

Written By Unknown on 23/04/2014 | 11:55 pm

Augusta, Australia – Pihak polis di Barat Australia telah menemui suatu objek terdampar, 10 kilometer di sebelah timur Augusta.

Dalam kenyataan rasmi yang disiarkan melalui laman rasmi Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), bukti tersebut sedang diperiksa dan disiasat oleh pihak Biro Keselamatan dan Pengangkutan Australia (ATSB).

“Gambar objek tersebut telah berjaya diperoleh, buat masa sekarang pasukan penyiasat sedang menganalisis foto itu bagi menentukan sama ada ianya mempunyai hubungkait dengan pesawat MH370 yang hilang,” petik kenyataan media itu.

Setakat ini, maklumat lanjut berkenaan gambar tersebut belum didedahkan, namun pihaknya telah menyediakan salinan gambar untuk diserahkan kepada pasukan penyiasat Malaysia.

Menurut pihak ATSB, pihaknya akan memberikan laporan penuh hasil siasatan sebaik sahaja gambar tersebut selesai diproses.

Suara.Tv

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger