Home » » #MH370: Persediaan ‘D-Day’ Ke Perth, Lima Orang Satu Keluarga Akan Diterbangkan

#MH370: Persediaan ‘D-Day’ Ke Perth, Lima Orang Satu Keluarga Akan Diterbangkan

Written By Unknown on 09/04/2014 | 4:06 pm

BEIJING - Penerbangan Malaysia (MAS) sedang merangka pelan 'D-day' tertakluk kepada kelulusan kerajaan Malaysia dan China untuk membawa keluarga penumpang pesawat MH370 ke Perth, Australia

BEIJING – Penerbangan Malaysia (MAS) sedang merangka pelan ‘D-day’ tertakluk kepada kelulusan kerajaan Malaysia dan China untuk membawa keluarga penumpang pesawat MH370 ke Perth, Australia apabila pesawat yang hilang dan sedang dikesan di Lautan Hindi di sana ditemui.

Naib Presiden Kanan Serantau (China) MAS, Joshua Law Kok Hwa berkata, syarikat penerbangan negara tersebut sedang berbincang bagaimana cara saudara mara penumpang dapat dibawa ke Perth, termasuk dari segi penginapan hotel.

Beliau memberitahu wartawan Malaysia di sini selepas memberi taklimat kepada keluarga penumpang pesawat pada Selasa.

Terdahulu MAS telah menawar untuk menerbangkan lima anggota keluarga bagi setiap penumpang pesawat.

Mengenai urusan visa, beliau berkata kedutaan Australia sedia bekerjasama dengan MAS sekiranya pelan D-day tersebut sedia dimulakan.

“Kami akan memulakan langkah tersebut (permohonan visa) apabila mengetahui D-day akan dilancarkan,” tambah Law.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata MAS merancang untuk memberitahu saudara mara penumpang dari China mengenai perkembangan pencarian pesawat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam bahasa China.

“Rancangan ini akan dimulakan sebaik sahaja dilulus kerajaan China dan Malaysia,” katanya.

Beliau juga berkata sejak sebulan lalu, MAS telah membantu kira-kira 30 keluarga penumpang China untuk mendapat rawatan di pelbagai hospital.

“Kami menyediakan 1,000 makanan setiap hari untuk saudara mara di Beijing dan secara purata menyediakan 42 kaunselor untuk membantu anggota keluarga di sini,” katanya.

Ia sudah memasuki hari ke-32 sejak pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang sejak berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger