Allahuakbar..dah sebulan lebih insiden misteri MH370..sepanjang itulah hati ini tidak tenteram..walau tidak terlibat secara langsung dengan media rasmi yang hampir saban hari buat liputan d Hotel Sama-Sama dan berakhir d PWTC namun Aakj ikuti rapat insiden yang penuh misteri ini..malah penuh dramatik..penuh mencabar terutama kepada kepimpinan negara.
Bayangkan saat kita semua resah gelisah..wujudnya tohmahan yang cuba meremehkan segala usaha Kerajaan BN buat untuk insiden ini..
Walau Aakj bukan wartawan yang ada 'presscard' untuk masuk ke bilik Sidang Akhbar namun kejadian ini Aakj dapat juga seawal pagi ketika hari kejadian. Bayangkan 48 jam permata Aakj hanya mampu lelapkan mata 3-4 jam sahaja..semata-mata 'menunggu' khabar MH370 pulang kepada kita..Allah saja tahu saat itu..malah Aakj cukup yakin ahli keluarga penumpang pesawat lebih lagi merasai apa yang kita orang luar ni rasai...
Di celah-celah waktu itu..Aakj sempat ke Indonesia atas urusan peribadi..terkejut juga bila melihat Stesen TV mereka juga tidak ketinggalan membuat liputan berkala walaupun hanya 8 orang sahaja rakyat mereka di dalam pesawat tersebut. Tiada laporan negatif yang Aakj dengar sepanjang d sana.
Teringat pada hari pertama..airmata ini juga turut mengalir..hiba dan sayu mengenangkan nasib penumpang..malah kini Aakj masih lagi terasa...doa ini masih belum putus harapan agar Allah permudahkan segalanya..
Aakj ingin berkongsi kisah yang menyentuh hati ini dan berharap Nari dan ahli keluarga yang lain tabahkan hati dan terima apa juga khabar yang Allah tunjukkan kelak ;
Tiga orang rakyat Malaysia telah menghadiahkan yang tidak ternilai kepada adik Maira Elizabeth Nari, iaitu sehelai jersi Kelab Liverpool (LFC) yang telah ditandatangani oleh pengurus kelab itu Brendan Rodgers dan pemain-pemain lain. Ayah Maira, iaitu Ketua Pramugara pesawat Malaysia Airlines MH370 Andrew Nari, merupakan peminat setia Liverpool dan jersi tersebut dicetak dengan namanya.
Post a Comment