Home » » #MH370: Kita Makin Kesuntukan Masa...

#MH370: Kita Makin Kesuntukan Masa...

Written By Unknown on 07/04/2014 | 1:12 pm

MH370: Kita Makin Kesuntukan Masa - Australia

Beberapa pesawat dan kapal pencarian MH370 di Lautan Hindi digerakkan ke perairan tempat isyarat ping dikesan kapal China hari minggu lalu, dengan harapan untuk menemui kotak hitamnya.

Kotak hitam itu dipercayai berada di dasar lautan mengeluarkan isyarat ping dengan kekerapan yang sama seperti dikesan kapal China.

Bagaimanapun, baterinya dikhuatiri sudah habis selepas sebulan pesawat itu hilang.

“Kita kesuntukan masa ekoran daripada aspek jangka hayat bateri,” kata ketua marshal udara (bersara) Angus Houston, yang mengetuai operasi agensi Australia yang menyelaraskan carian, lapor Reuters.

Data kotak hitam mampu memberi jawapan berhubung apa yang berlaku kepada pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu.

MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac lalu serta terbang ribuan kilometer daripada laluan Kuala Lumpur-Beijing yang sepatunya.

Kapal peronda China Haixun 01 dilaporkan menerima isyarat dengan frekuensi 37.5 kHz, konsisten dengan isyarat dipancarkan oleh perakam penerbangan, pada Jumaat dan Sabtu.

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger