Home » » #MH370: Kapal Bawa Pengesan Kotak Hitam Dijangka Tiba Di Zon Carian

#MH370: Kapal Bawa Pengesan Kotak Hitam Dijangka Tiba Di Zon Carian

Written By Unknown on 04/04/2014 | 2:15 pm

MH370

PERTH – Kapal Tentera Laut Diraja Australia, Ocean Shield, yang dilengkapi dengan alat pengesan kotak hitam yang dibekalkan dari Amerika Syarikat, dijadual tiba di zon pencarian pesawat MH370 hari ini.

Hampir sebulan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia yang membawa 239 orang itu dengan pihak berkuasa masih tiada petunjuk sebab kehilangannya, kecuali dengan penemuan kotak hitam pesawat yang boleh meleraikan misteri berkenaan.

Namun, pegawai yang terbabit dalam operasi mencari memberi amaran tanpa lokasi tepat di mana pesawat itu menamatkan penerbangannya di selatan Lautan Hindi, harapan menemui kotak hitam juga semakin tipis.

Malah, operasi mencari kotak hitam kini terpaksa berlumba dengan masa apabila isyarat yang menggunakan kuasa bateri pada kotak hitam hampir berakhir beberapa hari lagi.

Ocean Shield meninggalkan Perth petang Isnin lalu dan mengambil masa tiga hari pelayaran ke zon pencarian berkenaan.

Kapal hidrologi Tentera Laut British, HMS Echo kini sudah berada di zon pencarian dan melakukan pengesanan secara transmisi sonic seharian semalam. – AFP
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger