Penduduk di Muar menafikan buah manggis yang dibawa pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu untuk dipasarkan ke China, dipetik di Muar.
Mereka mendakwa manggis hanya akan memasuki musim buah, Jun depan.
Tinjauan di Kampung Kesang mendapati pokok buah-buahan tempatan seperti manggis, durian dan rambutan sedang berbunga dan berputik.
Kebanyakan penduduk berkata, tidak masuk akal sekiranya bekalan manggis datang dari Muar sedangkan tragedi pesawat malang itu berlaku lebih sebulan lalu.
Bagaimanapun, penduduk tidak menolak kemungkinan manggis terbabit dihimpunkan di daerah Muar sebelum di bawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sebelum ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut menafikan manggis yang dibawa ke negara China adalah dari Muar - Astro Awani.
SUMBER
Aakj ; emmmmMM terlalu banyak spekulasi yang dah berlegar dalam alam maya atau d akhbar-akhbar tabloid...
Aakj pernah dengar teori bukannya manggis tapi....emmm macam bahan buat bom..maka terpaksa d tamatkan.."ended" d lautan Hindi..lupa lak teori ni Aakj dengar kat kedai kopi mana..
Aakj mohon sangat..usah bicara macam pakar kalau kita bukan pakar..usah buat spekulasi liar sebab ianya menyentuh hati banyak pihak..kita sepatutnya tak putus doa pada Yang Esa agar Kembalikan MH370 ini..dalam apa juga keadaan sebab isyarat kotak hitam juga sudah TIADA..sudah PADAM.....klik d SINI...aminnn
Post a Comment