Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, misi pencarian MH370 ini merupakan misi paling sukar yang pernah dilakukan mana-mana negara dimana pasukan mencari terpaksa menempuhi pelbagai kesukaran – kawasan yang sangat terpencil, sukar dilalui selain keadaan lautan yang tidak menentu.
“Ini adalah misi paling sukar dalam sejarah dunia. Saya pasti setiap hari pasukan mencari melakukan yang terbaik dalam mendapatkan maklumat dan kami masih lagi sedang cuba untuk mencari jawapan kepada misteri ini,” tambahnya dalam sidang akhbar bersama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja ke Perth, Australia selama dua hari bermula semalam bagi meninjau operasi pelbagai negara dalam pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, dari Perth.
-mynewshub
Post a Comment