DENGAN memetik sumber seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia, agensi berita CNN melaporkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam perjalanan ke selatan Lautan Hindi.
Kesimpulan berkenan dicapai oleh kumpulaan penyiasat setelah mengkaji data radar dari negara jiran itu.
Laporan yang sama turut menyebut bahawa kapal terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata.
Tambahnya, pesawat itu mungkin sengaja terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.
Terdahulu, kapal peronda China, Haixun mengesan dua isyarat akustik sepanjang 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston.
“Kapal tersebut mengesan dua isyarat dan memberikan sedikit harapan,” katanya pada sidang media, di Perth, Australia hari ini.
Sementara itu, isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang dikesan kapal peronda China semalam masih belum dapat disahkan setakat ini.
Houston berkata isyarat berkenaan ‘konsisten’ dengan kotak hitam dari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.
Katanya lagi, selain kapal Haixun, kapal perang Austarlia Ocean Shield turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China. – MYNEWSHUB.MY
Post a Comment